Lirik Lagu Melayu, Indonesia dan Antarabangsa

Himpunan Lirik Lagu Melayu, Indonesia dan Antarabangsa

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #
Hiba – Ejai Aziz    |     Ular – Drama Band x Sekumpulan Orang Gila    |     Tercipta Satu Senyuman – Reedzwann    |     Sayunk I Love You – Chombi    |     Karma – Fhan


Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai

Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Oh begitulah lumrahnya percintaan

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberi harapan
Sekelip mata kau berubah
Oh begitulah lumrahnya percintaan

Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Oh mudahnya kau berubah


Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai dibawakan untuk anda oleh Liriklagu.my, bagi tujuan pembelajaran (seni muzik / nyanyian). Kami tidak menyediakan sebarang pautan untuk memuat turun lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai. Terima kasih.

Klip Video Lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai


Komposer : Umarul
Penulis Lirik : Juwie
Album : Sekelip Mata Kau Berubah
Syarikat Rakaman / Penerbitan : EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd