Lirik Lagu Nazar – Search
Dari semi suci
Dan limpahan nurhayati
Ia mentajalikan nazar
Ke kemuncak permai
Meredupkan renungan pujangga
Yang melambangkan gurindam
Pada hembusan gemalai pawana
Lantas lalai seketika
Pada bumi yang pernah merestukan salam
Tenggelam di dalam kenangan tangisan
Bagaikan rahsia tanpa kalimat
Membayangi kembaraan
Yang dikalungi untaian rindu
Dengan segala sisa daya
Kendati seribu tahun
Mentari melawa gurun
Kehidupan terus tegar
Keihsanan tetap segar
Berikhtiar menyerah
Berikhtiar menyerah
Di dalam setiap bilangan nafas
Dan kerlipan mata
Untuk menakbirkan cinta kursi
Semi suci..
Semi suci..
Lirik Lagu Nazar – Search dibawakan untuk anda oleh Liriklagu.my, bagi tujuan pembelajaran (seni muzik / nyanyian). Kami tidak menyediakan sebarang pautan untuk memuat turun lagu Nazar – Search. Terima kasih.
Klip Video Lagu Nazar – Search
Album : Double Trouble (November 1992)
Komposer : Nurbisa
Penulis Lirik : M. Nasir
Genre : Rock
Syarikat Rakaman / Penerbitan : BMG Pacific, Go-Search, Fly Wings