Lirik Lagu Melayu, Indonesia dan Antarabangsa

Himpunan Lirik Lagu Melayu, Indonesia dan Antarabangsa

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #
Hiba – Ejai Aziz    |     Ular – Drama Band x Sekumpulan Orang Gila    |     Tercipta Satu Senyuman – Reedzwann    |     Sayunk I Love You – Chombi    |     Karma – Fhan


Nasib Si Kembang Pagi – Francissca Peter

Nasib Si Kembang Pagi – Francissca Peter

Lirik Lagu Nasib Si Kembang Pagi – Francissca Peter

Kau kembang dinihari
Baldu ungu kelopakmu berseri
Potonganmu sederhana
Namun tetap indah pandang di mata

Lemah
Gemalai tarianmu, meliuk lentur
Mengikut rentak bayu
Oh, oh

Anggrek mawar bakawali
Bunga matahari, dahlia dan Lili
Hidup subur dimanja
Menjadi kemegahan yang berada

Duhai
Bunga, si kembang pagi
Janganlah pula
Engkau rasa pilu di hati

Memang lumrah hidup
Hanya manusia
Yang membezakannya
Benda atau nyawa
Diberi nama jua harga
Lalu diberinya tempat jua darjat

Nasibmu, si kembang pagi
Mekar hanya sementara sahaja
Jangan takut rasa bangga
Walau pun hanya di pagar istana

Memang lumrah hidup
Hanya manusia
Yang membezakannya
Benda atau nyawa
Diberi nama jua harga
Lalu diberinya tempat jua darjat


Lirik Lagu Nasib Si Kembang Pagi – Francissca Peter dibawakan untuk anda oleh Liriklagu.my, bagi tujuan pembelajaran (seni muzik / nyanyian). Kami tidak menyediakan sebarang pautan untuk memuat turun lagu Nasib Si Kembang Pagi – Francissca Peter. Terima kasih.

Klip Video Lagu Nasib Si Kembang Pagi – Francissca Peter


Komposer : Manan Ngah
Penulis Lirik : S. Amin Shahab
Album : Aku Hanya Pendatang (1985)
Hakcipta : Warner Music Malaysia