Lirik Lagu Melayu, Indonesia dan Antarabangsa

Himpunan Lirik Lagu Melayu, Indonesia dan Antarabangsa

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z #
Hiba – Ejai Aziz    |     Ular – Drama Band x Sekumpulan Orang Gila    |     Tercipta Satu Senyuman – Reedzwann    |     Sayunk I Love You – Chombi    |     Karma – Fhan


Kembali Indah – Afgan Saip

Kembali Indah – Afgan Saip

Lirik Lagu Kembali Indah – Afgan Saip

Kesulitan lalu menghalangi perjalanan
Langkah ini tetap ku gagahi dengan sepenuh jiwa
Setiap turun nafas yang dirasakan itu
Ku hitung satu demi satu tak pernah jemu, setiap waktu
Berputar masa berlalu
Ku tetap kaku di sini
Semua rasaku menjadi beku

Mimpi ngeri ini pernah ku alami dulu
Bagai terkurung dalam rasa yang penuh bisu dan keliru
Setiap detik bagai penyeksaan jiwa
Mujur telah pergi dari mencengkam setiap masa dan raga
Berputar masa berlalu
Dan aku bebas sendiri
Kembali indah

Bukan masanya
Mencari salah
Dalam hati hanya melihat keindahan baru

Cinta sejati
Pasti menanti
Usah terburu
Bulan dan bintang
Indah bercahaya
Kerana adanya malam dalam gelap gelita
Begitu aku
Dengan hidupku
Takkan memudar rasa dan cinta

Mimpi ngeri ini pernah ku alami dulu
Bagai terkurung dalam rasa yang penuh bisu dan keliru
Setiap detik bagai penyeksaan jiwa
Mujur telah pergi dari mencengkam setiap masa dan raga
Berputar masa berlalu
Dan aku bebas sendiri
Kembali indah

Setiap kali mimpi bertukar menjadi kegelapan dan kesamaran,
Usah biarkan mendung selamanya membelenggu hati yang pilu,
Percaya di depanmu
Percaya di depanmu bercahaya

Bukan masanya
Mencari salah
Dalam hati hanya melihat keindahan baru

Cinta sejati
Pasti menanti
Usah terburu
Bulan dan bintang
Indah bercahaya
Kerana adanya malam dalam gelap gelita
Begitu aku
Dengan hidupku
Takkan memudar rasa dan cinta

Tempuh semua
Tanpa kecewa
Indah kembali


Lirik Lagu Kembali Indah – Afgan Saip dibawakan untuk anda oleh Liriklagu.my, bagi tujuan pembelajaran (seni muzik / nyanyian). Kami tidak menyediakan sebarang pautan untuk memuat turun lagu Kembali Indah – Afgan Saip. Terima kasih.

Klip Video Lagu Kembali Indah – Afgan Saip


Komposer : Lee Nai Kong
Penulis Lirik : Fedtri Yahya
Album : Kembali Indah
Hakcipta : Alternate Records & Talents