Lirik Lagu Gema Di Inderaloka – Wings
Waktu pintumu kubuka setengah
Gemersik menikam melantun suara
Kutinjau sejenak untuk periksa
Bergema di lembah inderaloka
Suaramu
Membisik merdu di kalbu memanggilku
Kubuka sepenuh pintu dayamu
Dan melangkah masuk ke dalam tamanmu
Aku tak pasti apa ‘kan berlaku
Kalau kuditangkap pengawalmu
Mungkin aku
‘Kan terkorban dalam merinduimu
Tapi kenapa kau hadir saja?
Dalam setiap mimpi-mimpiku
Dan meninggalkan kunci dan peta
Kalau aku kau tak ingini
Kasih
Siapa aku di sisimu?
Kini kuberada dalam tamanmu tiada aku takut
Akan kematian
Kerana hidup dan mati sama untukku t’lah kulalui
Berulang kali
Hey
Keindahan tamanmu tiada bermakna
Jika wajahmu tidak kutemui
Biar kuterlantar dimamah waktu
Aku tetap akan menunggumu
Kasih
Siapa aku, aku di sisimu?
Kupakukan kakiku ke tanahmu
Biar berdarah menjadi sungai
Agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
Yang mahu menghalauku keluar
Siapa aku, di sisimu?
Kasih
Siapa aku, di sisimu?
Kasih
Siapa aku, di sisimu?
Kasih
Siapa aku, di sisimu?
Lirik Lagu Gema Di Inderaloka – Wings dibawakan untuk anda oleh Liriklagu.my, bagi tujuan pembelajaran (seni muzik / nyanyian). Kami tidak menyediakan sebarang pautan untuk memuat turun lagu Gema Di Inderaloka – Wings. Terima kasih.
Klip Video Lagu Gema Di Inderaloka – Wings
Album : Double Trouble (November 1992)
Komposer : M. Nasir
Penulis Lirik : M. Nasir
Genre : Rock
Syarikat Rakaman / Penerbitan : BMG Pacific, Go-Search, Fly Wings