Amelina

INFO

Asal : Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon
Genre : Dangdut, pop, balada
Syarikat Rakaman : Warner Music Malaysia (1994-1999)

Norazlina Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina (lahir 4 Ogos 1974) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal pada era 1990-an. Beliau sinonim dengan irama Dangdut yang disampaikan secara pop kontemporari sehingga digelar ‘Ratu Dangdut Malaysia’ ekoran kejayaan dan pencapaian beliau mencatat jualan setiap albumnya yang mencecah ratusan ribu unit.

Antara lagu-lagu Amelina yang terkenal ialah “Rindu”, “Anak Dara”, “Katanya Nyatanya” dan “Memori Daun Pisang”. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) dan beberapa anugerah platinum sepanjang aktif sebagai penyanyi selama 5 tahun. Beliau pernah menghilangkan diri dari radar industri muzik selama 15 tahun hingga menyebabkan dunia muzik dangdut mengalami kesuraman yang ketara sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke dunia seni pada tahun 2014. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima.

Antara album beliau adalah :

  • Amelina (1994)
  • Asyik (1995)
  • Cinta Oh Cinta (1997)
  • FOTO ARTIS

    Amelina

    LIRIK LAGU