Alif Satar

INFO

Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, pengacara
Genre : Pop
Syarikat Rakaman : Sony Music Malaysia, Monkey Bone Records, The 8 Unit

Muhammad Alif Mohd Satar (lahir 19 September 1990) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.

Beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun. Selain menyanyi, beliau juga berlakon dan mengacara. Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy. Namun begitu, lakonan beliau mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey.

Sebagai pengacara, Alif banyak mengacarakan rancangan-rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro. Beliau pernah dipilih oleh Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012. Kini beliau merupakan duta rasmi produk jenama Salonpas.

FOTO ARTIS

Alif Satar

LIRIK LAGU