Aishah

INFO

Asal : Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, ahli politik, pelakon
Genre : Pop
Syarikat Rakaman : CBS (1984-1996) BMG (1990-2004) Sony BMG (2004-2008) Sony Music Entertainment Malaysia (1990-kini)

Wan Aishah Wan Ariffin (lahir 3 Januari 1965) merupakan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik bersama kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan kerjaya solo di tanahairnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu “Don’t Make Me Fall Alone” pada tahun 1990. Setelah beliau tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia dan meneruskan kerjaya muzik solo sekaligus dikenali sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris.

Antara album beliau adalah :

  • Aishah (1990)
  • Aishah II (1991)
  • Aishah III: Asia Sedunia (1992)
  • Klasik (1993)
  • Wajah (1995)
  • Tiada Duka Untuk Apa (1996)
  • Tiada Akhirnya (1998)
  • Pulanglah Perantau (2000)
  • Kurnia (2006)
  • Anak (2010)
  • FOTO ARTIS

    Aishah

    LIRIK LAGU