Aida Agil

INFO

Asal : Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi
Genre : Pop, balada
Syarikat Rakaman : EMI Music Malaysia

Aidah Agil ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu-lagu popularnya, termasuk “Segalanya Pasti”, “Kisah Malam Minggu” dan “Sepanjang Jalan Kenangan”.

Aida pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab malam seluruh negara bersama Heavy Machine, Explorers II dan Freedom selama 13 tahun. Beliau pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab sekitar Singapura, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah Aida bernasib baik kerana mendapat bimbingan empat komposer terkenal iaitu Awang BPR, Wan Zul, M. Nasir dan JS Kevin. Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi di kelab malam sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masa. Aida menandatangani kontrak bersama EMI Music Malaysia, seterusnya muncul bersama album studio senamanya dengan lagu “Segalanya Pasti” ciptaan Awang BPR dikeluarkan sebagai single pertama.

FOTO ARTIS

Aida Agil

LIRIK LAGU