Ahmad Daud

INFO

Asal : Kampung Rauna, Pulau Pinang, Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon

Seniman Dato’ Ahmad Daud Mohamad Hashim (12 Mac 1932 – 11 Jun 2002) ialah seorang penyanyi dan pelakon Melayu Malaysia era 1960-an / 1990-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Filem Siapa Besar adalah filem pertama Ahmad Daud dengan Shaw Brothers MFP Studio. Kemudian, beliau membintangi filem-filem lain seperti Kacha Permata, Aksi Kuching, Sayang Si Buta (hanya sebagai penyanyi undangan untuk lagu Si Manis Tujoh Belas iringan The Swallows), Pusaka Pontianak (lagu popular: Pontianak iringan kumpulan The Swallows) dan Permintaan Terakhir (filem warna keluaran Studio Merdeka, KL milik Shaw Brothers memegang watak bapa kepada Uji Rashid).

Ahmad Daud juga ada menerbitkan beberapa album di bawah label Panda Records, khususnya untuk A. Ramlie & Maria Bachok dan Rahimah Rahim. Beliau juga sempat berduet dengan anak saudaranya Rahimah untuk lagu Pakcikku Bergaya (saduran lagu Inggeris iaitu Summerwild).

Beliau juga sempat menjadi DJ sambilan Radio Malaya Singapura, selain mengacarakan rancangan The Ahmad Daud Show di RTM TV1 sekitar tahun 1970-an.

Antara lagu-lagu nyanyian beliau adalah :

  • Jangan Merayu
  • Malam Pesta
  • FOTO ARTIS

    Ahmad Daud

    LIRIK LAGU