Afdlin Shauki

INFO

Asal : Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, penerbit, pengarah filem, penulis skrip
Genre : Pop, R&B
Syarikat Rakaman : Acid Rain Records

Dato’ Afdlin Shauki Aksan (lahir 19 Mei 1971; juga dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di bawah Roslan Aziz Productions (RAP) dan berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) sebanyak 5 kali. Pada tahun 2003, beliau melancarkan album studio sulungnya, Fuuyo! yang mana Afdlin turut mencipta beberapa lagu.

Selain itu, beliau juga menjadi pengacara untuk beberapa rancangan TV seperti Golden Dreams (1999), Golden Dreams Extreme (2000), TV: ISM (2003), Ah-ha (2004), Liga Lawak Superstar (2013) dan Arena Panggang (2018). Afdlin terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Anna and the King (1999), Soal Hati (2001), Soalnya Siapa? (2002), Biar Betul (2004), Cuci (2008), Nasi Lemak 2.0 (2011), Kami Histeria (2014) dan Bikers Kental 2 (2019). Beliau juga terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Buli (2004),[6] Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006), Sumolah (2007) dan Misteri Jalan Lama (2011).

FOTO ARTIS

Afdlin Shauki

LIRIK LAGU