Adam Ahmad

INFO

Asal : Johor Bahru, Johor
Pekerjaan : penulis lagu, penyanyi
Genre : Pop, balada
Syarikat Rakaman : Omry Records

Adam Ahmad merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu yang berasal dari Malaysia. Beliau amat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan menyukai lagu-lagu yang berirama sentimental. Beliau juga pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi syarikat rakaman Polygram Records. Antara lagu ciptaan beliau ialah “Di Hari Persandingan Mu” dan “Di Pantai Cinta Berahi” nyanyian Yunizar Hussein.

Pada tahun 1983, albumnya yang pertama yang bertajuk “Untukmu Sayang” dikeluarkan di bawah label Omry Records. Syarikat ini juga merupakan syarikat rakaman milikan bumiputera di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Album ini diterbitkan oleh Omar Taib, seorang penerbit yang telah memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada beliau sepanjang rakaman album ini.

FOTO ARTIS

Adam Ahmad

LIRIK LAGU