Abby Abadi

INFO

Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan : Pelakon, penyanyi, pengacara
Genre : Pop

Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai salah seorang daripada ahli Elite yang meraih kejayaan pada pertengahan dekad 1990-an. Beliau menjadi ahli asal kumpulan itu yang pertama mengundurkan dirinya pada 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Kerjaya lakonannya bermula dengan memegang watak sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di TV2 di mana Abby ialah salah seorang daripada enam pelakon asalnya sejak ia mula diperkenalkan.

Antara album beliau adalah :

  • Catwalk (Elite) 1996
  • Tamparan Wanita (Elite) 1998
  • Idola (Elite) 1999
  • Merbahaya (Elite) 2000
  • Soundtrack Gerak Khas
  • FOTO ARTIS

    Abby Abadi

    LIRIK LAGU