A. Romzi

INFO

Asal : Singapura
Pekerjaan : Penyanyi
Genre : Irama 60-an

A. Romzi dilahirkan di Singapura pada tahun 1946. Beliau adalah salah satu penyanyi era pop yeh yeh yang popular di tahun 1960an hingga awal 1970an, selain turut membuat kemunculan semula di pertengahan tahun 1980an.

Pada tahun 1967, A. Romzi membuat rakaman pertama bersama kumpulan The Hooks The Hooks di bawah naungan syarikat EMI Singapura. Empat lagu yang dirakam dalam rekod tersebut ialah Dendang Remaja, Zunika, Menanti Dewi dan Sengsara. Lagu Dendang Remaja dan Zunika telah mendapat sambutan hangat di kalangan para peminat dan kekal popular hingga kini.

Di tahun itu juga, mereka diundang membuat persembahan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production dalam filem A-Go-Go 67 di mana mereka menyanyikan lagu Ratapanku. Lagu ini juga dimasukkan dalam sebuah rekod SP juga terbitan EMI Singapura.

Antara lagu-lagu nyanyian beliau adalah :

  • Zunika
  • Dendang Remaja
  • Menanti Dewi
  • Sengsara
  • Ke Tanah Suci
  • Burulah
  • Katakan Padaku
  • Ratapanku
  • Sepuluh Budak Hitam
  • Alam Baru
  • Usek Mengusek Membawa Bahgia (duet dengan S. Roha)
  • Bukan Kerana Nama (duet dengan Datuk Ramli Sarip)
  • FOTO ARTIS

    A. Romzi

    LIRIK LAGU