A. Rahman Onn

INFO

Asal : Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi
Genre : Pop Yeh Yeh, A Go Go, Kugiran

A. Rahman Onn merupakan seorang penyanyi etnik Melayu era 1960-an / 70-an. Beliau cukup sinonim dengan irama Pop Yeh Yeh dan lagu-lagu beliau sering berkumandang di corng radio Malaysia. Antara lagu yang popular seperti seperti Cincin Emas, Peracun Kalbu, Cincin Emas Telah Di Terima, Aku Nak Pulang dan banyak lagi.

A. Rahman Onn berasal dari Johor Bahru, sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Strangers. Beliau mula mencipta nama setelah lagu Chinchin Emas pada tahun 1967 mula dirakamkan di piring hitam.

A. Rahman Onn turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.

Antara lagu-lagu nyanyian beliau adalah :

  • Hasrat Hati
  • Hujan
  • Putus Harapan
  • Rindu
  • Si Cincin Emas
  • Aku Nak Pulang
  • Bila-kah Berjumpa
  • Chinchin Emas
  • Kembali-lah Pada Ku
  • Perachun Kalbu
  • Cincin Emas Telah Diterima
  • Julaiha
  • Semua Jadi Kenangan
  • FOTO ARTIS

    A. Rahman Onn

    LIRIK LAGU