A. Rahman Hassan

INFO

Asal : Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi, pemuzik
Genre : Pop
Syarikat Rakaman : EMI Music Malaysia, Universal Music Malaysia

Dato’ Abdul Rahman bin Hassan (30 Julai 1946–13 Jun 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai penyanyi era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.

Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anugerah Kecapi Papuita 2006. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Azizah binti Mohamad yang juga merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana.

Selepas isteri pertama beliau meninggal dunia, pada 26 April 2013, beliau telah bernikah dengan dramatis Fadilah Mansor pada 25 Disember 2014.

Antara lagu-lagu nyanyian beliau adalah :

  • Bimbang
  • Cincin Belah Rotan
  • Hanya Untukku
  • Perpaduan Hidup
  • Semoga Berjaya
  • Usah di kesalkan – lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
  • Nasib pak tani – lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
  • Syurga idaman – lagu: Dato’ A Rahman Hassan & lirik: Ali Omar
  • Tak mengapa – lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
  • Mestikah – lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
  • Kerana Fitnah – lagu: MYRosnah & lirik: Dato’ A Rahman Hassan
  • Pergilah kanda ku – lagu: Dato’ A Rahman Hassan & lirik: Ali Omar
  • Nikmat yang tak ternilai – lirik & lagu: Dato’ A Rahman Hassan
  • FOTO ARTIS

    A. Rahman Hassan

    LIRIK LAGU