2 By 2

INFO

Asal : Malaysia
Pekerjaan : Penyanyi
Genre : Pop retro
Syarikat Rakaman : Suria Records, Blackboard Indonesia

Kumpulan 2 By 2 merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan 2 By 2 pernah popular suatu masa dulu dengan lagu Mawarku yang didendangkan bersama-sama penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu Mawarku pernah mendaki carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.

Album pertama mereka yang memuatkan lagu Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran. Album kedua mereka yang memakai judul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.

FOTO ARTIS

2 By 2

LIRIK LAGU